Sekitar jam 7.10 pagi tadi, 7 Januari 2014, saya bersedia untuk menjamah sebiji roti canai telor+sebiji capati dan segelas teh halia. Tiba-tiba seorang "kakak" yang tak pernah saya lihat sebelum ini, terus ke meja saya dan memberikan sebiji kueh berikut, sambil dia tersenyum dan berkata, "Sedekah..". saya pun tersenyum, dan mengambil dari tangan kanannya dengan tangan kanan saya dan berkata "Terima kasih..", sambil membalas senyumannya. Kemudian "kakak" tadi berlalu, dan tidak pula memberikan "sedekah" yang serupa kepada 6 orang lagi pelanggan di kafe berkenaan yang berada berhampiran saya....
Walaupun terfikir macam-macam, namun saya makan juga "sedekah" tersebut dengan fikiran positif baik sangka, bahawa inilah diantara "rezeki (dari sumber) yang tak disangka-sangka" seperti dinyatakan Allah dalam Surah At-Talaq ayat 2-3 tu.... Subhanallah...
No comments:
Post a Comment