Tarikh:
Khamis 20 Mac 2014 Sekitar jam 11 pagi
Tempat:
Di Dewan Utama sebuah sekolah menengah berasrama penuh di bahagian tengah Semenanjung Malaysia
Kejadian (Insiden):
Ramai ibubapa dan sanak saudara serta para guru yang berhimpun dan saling memberikan tahniah (dan ada juga yang berduka) setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beberapa orang pelajar mendapat keputusan cemerlang, 9A. Maka bergembiralah ahli keluarga dan guru. Pengetua sekolah menjemput seorang pelajar yang paling cemerlang sekolah tersebut untuk naik ke pentas utama untuk memberikan ucapan. Maka naiklah seorang budak lelaki... Diantara isi ucapan budak tersebut:
"Terima kasih kepada ibu dan ayah atas kejayaan ini. Tapi kepada semua guru, AKU dah berjanji AKU nak tampal result AKU ni ke muka mereka. Sekolah ini teruk.. Kaedah pembelajaran amat tidak memuaskan... bla bla bla...",
.... dan dia turun dari pentas tersebut tanpa memberikan/mengucapkan sekelumit pun ucapan terima kasih kepada kawan-kawan, para guru dan kakitangan sekolah.
Ramai para hadirin terpinga-pinga.. Ada yang berkata, "Apa sebab budak tu kata macam tu?", "Kenapa dengan budak tu..", dan tak kurang juga yang menggelengkan kepala...
Semasa ucapan balas, Pengetua tersebut antara lain menyebut.."Tuan-tuan nilailah sendiri murid tadi..."
Bagi saya,
TAKZIAH atas Kejayaan KAMU mendapat 9A!
No comments:
Post a Comment