Pada petang 30 Ogos 2013, saya menerima satu email memaklumkan bahawa seorang pelajar saya, FARID AFIQ AKMAL sedang terlantar di ICU Hospital Pulau Pinang akibat serangan virus. Oleh kerana pada awal malam itu saya ada acara lain, dan memandangkan beliau di ICU, maka saya bercadang untuk melawat beliau pada awal pagi 31 Ogos 2013 (Sabtu). Namun pada jam 11.02 malam, 30 Ogos 2013, saya menerima sms daripada seorang pelajar saya, Zulfahmi, memaklumkan, antaranya,
"Slm..Student CM...Farid Afiq telah meninggal dunia sebentar tadi akibat brain viran infection... Solat jenazah pukul 10 pagi esok di masjid hashim yahya, jalan perak."
(NOTA: CM = Program Construction Management, di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM, dimana saya adalah salah seorang pensyarahnya)
Jam 7.50 pagi ini, 31 Ogos 2013, saya pun menunggu beberapa pelajar saya dekat pejabat saya di kampus USM, dan kemudiannya kami terus ke Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang... Semasa tiba sekitar jam 9.40 pagi, jenazah baru sahaja tiba dari hospital. Selepas solat jenazah, maka jenazah Farid Afiq segera di bawa ke perkuburan berhampiran masjid. Setelah selesai perkebumian, dan talkin dibacakan sekitar jam 10.25 pagi, maka seorang demi seorang meninggalkan perkarangan tanah perkuburan tersebut. Ramai juga kawan beliau, pensyarah (termasuk Dekan PBP dan Prof. Adnan, Timbalan Naib Canselor USM) yang turut serta... Maka pergilah seorang lagi murid saya (sebelum saya sendiri turut dibawa pergi oleh Allah)...
FARID AFIQ AKMAL nampaknya telah "dimerdekakan" Allah pada malam Kemerdekaan Malaysia kali ke-56. Apapun, sebagai sahabat, guru, pentadbir, kenalan, ahli keluarga beliau, dan lain-lain, kita sama-samalah mengiringi pemergiannya dengan lafaz Alfatihah, dan selawat ke atas Junjungan Nabi (saw). Sama-samalah kita mendoakan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai Allah. Setahu saya, beliau seorang murid yang baik dan menghormati guru dan sahabat. Kita juga sama-samalah memaafkan beliau dan juga menghalalkan beliau atas segalanya...
"SAYA DENGAN INI MEMAAFKAN DAN MENGHALALKAN KAMU, WAHAI FARID AFIQ AKMAL, ATAS SEGALANYA, DARI DUNIA, SAMPAI AKHIRAT..."
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Friday, August 30, 2013
Monday, August 26, 2013
Waste Management Written Law (Statutes) Around The Globe
Almost all the
countries in this world has their own legislative frameworks in managing solid
waste. For instance, in United Kingdom (UK), waste legislation are derived mostly
from European Union governance and transposed into UK law, in their local
statutes, such as Environment Act 1995, and Animal By-Products Regulations
(ABPR). In United States, among the relevant statutes are Medical Waste
Tracking Act, National Environmental Policy Act (NEPA) and Resource
Conservation and Recovery Act (RCRA). Besides Federal statutes, they are also
having respective States laws, such as California
Electronic Waste Recycling Act 2003.
In Republic of Macedonia, they are having Gazette No. 6/2004 on laws relating to waste management, that includes, inter alia, EC Directive 2006/12/EC on waste, EC Directive 91/689/EEC on hazardous waste, EC Directive 1999/31/EC on the landfill of waste, Environmental Protection Act 1990, Waste Management Licensing Regulations 1994, Hazardous Waste (England and Wales) Regulations 2005, List of Wastes (England) Regulations 2005, and Environmental Permitting (England and Wales) Regulations 2007.
In Republic of Macedonia, they are having Gazette No. 6/2004 on laws relating to waste management, that includes, inter alia, EC Directive 2006/12/EC on waste, EC Directive 91/689/EEC on hazardous waste, EC Directive 1999/31/EC on the landfill of waste, Environmental Protection Act 1990, Waste Management Licensing Regulations 1994, Hazardous Waste (England and Wales) Regulations 2005, List of Wastes (England) Regulations 2005, and Environmental Permitting (England and Wales) Regulations 2007.
In Japan, the relevant legislation is Law No. 137 of 1970 (on
waste management and public cleansing). In China, a landmark of environmental law was introduced in 1979 by the
enactment of the Environmental Protection Law 1979, and followed by Marine
Environmental Protection Law 1982, Water Pollution Prevention and Control Law
and the Forest Law 1984, Grassland Law 1985, and the Air Pollution Prevention
and Control Law 1987. In Australia, the main set of waste management statutes
are Environmental Protection Act 1994, Environmental Protection (Waste
Management) Regulations 2000, and
Environmental Protection (Waste Management) Policy 2000. In India, the
main statues is the Environment (Protection) Act 1986, and followed by several
Rules such as Biomedical Waste (Management and Handling) Rules 1998, Municipal
Solid Waste ((Management and Handling) Rules 2000, Plastic Waste ((Management
and Handling) Rules 2001, E-Waste ((Management and Handling) Rules 2011. For
South Africa, they has introduced a specific statute known as National
Environmental Management Waste Act 2009. Brazil government has also
introduced National Solid Waste Policy
(Política Nacional de Resíduos Sólidos; Law No. 12.305. Not to forget Canada,
with Canadian Environmental Protection Act 1999. Bhutan has its own laws on the
same matter, i.e. Waste Prevention and Management Act of Bhutan 2009. Nigerian
government also has a federal statute known as Federal Environmental Protection
Agency Act of 1988, and several Regulations made thereunder, such as National
Environmental Protection (Effluent Limitation) Regulations, National
Environmental Protection (Pollution Abatement in Industries and Facilities
Generating Wastes) Regulations, and National Environmental Protection
(Management of Solid and Hazardous Wastes) Regulations. Two other relevant
statutes in Nigeria are Environmental Impact Assessment Act of 1992 and Harmful
Wastes (Special Criminal Provisions etc.) Act 1988.
In Malaysia, besides general statutes relating to environment
protection, known as Environmental Quality Act 1974, the federal government has
also introduced a special statute specifically dealing with waste management, i.e.
Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007. There are a set of
specific Rules and Regulations made thereunder, i.e. Solid Waste and Public
Cleansing Management (Prescribed Solid Waste Management Facilities and Approval
for the Construction, Alteration and Closure of Facilities) Regulations 2011, Solid
Waste and Public Cleansing Management (Licensing) (Undertaking or Provision of
Collection Services for Household Solid Waste, Public Solid Waste, Public
Institutional Solid Waste and Solid Waste Similar to Household Solid Waste)
Regulations 2011, Solid Waste and Public Cleansing Management (Licensing)
(Management or Operation of Prescribed Solid Waste Management Facilities)
Regulations 2011, Solid Waste and Public Cleansing Management (Licensing)
(Undertaking or Provision of Transportation Services by Long Haulage)
Regulations 2011, Solid Waste and Public Cleansing Management (Licensing)
(Undertaking or Provision of Public Cleansing Management Services) Regulations
2011, and Solid Waste and Public Cleansing Management (Scheme for Household
Solid Waste and Solid Waste Similar to Household Solid Waste) Regulations 2011.
Saturday, August 24, 2013
Nasi Kerabu Tumis
Sekarang ni dah ramai yang suka makan nasi kerabu. Ia bukan sahaja salah satu kegemaran utama bagi kebanyakan penduduk di negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia, tetapi sudah "merebak" ke negeri-negeri lain. Nak makan, dan nak buat sendiri? Berikut saya kongsikan cara penyediaan (Cara makan tak payak beritau la, kan? Ngap jer...!)
A. KUAH TUMIS
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:
2 cawan santan segar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
10 tangkai cili kering
Sekeping asam gelugor
Sedikit garam
Sekeping gula melaka
Satu batang serai.
Cara:
Kisar hancur bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk, dan panaskan hingga mendidih dengan api kecil, dan sedikit kering.
B. ULAMAN
Pelbagai jenis ulaman boleh digunakan, antaranya,
Kacang panjang
Taugeh
Pucuk serai kayu (daun samak)
Pucuk dan buah muda petai belalang
Bunga kunyit
Bunga kantan
Pokok selom (cekerong)
Pucuk jenerih
Pucuk kerdas
Kesum
Pucuk gajus/jangus/ketereh
Ulam raja
Pucuk putat.
C. TAMBAHAN (AKSESORI)
Diantara aksesorinya, adalah,
Telor puyuh
Telor masin (telur itik jeruk)
Bawang putih jeruk
Daging bakar
Ikan goreng bertepung
Solok lada
Halia jeruk
Cili jeruk
Lobak jeruk
Ayam goreng atau ayam bakar
Puyuh goreng
Limpa goreng
Satay (kambing, lembu, ayam)
Sambal jantan
Keropok
D. PELENGKAP
Jika nak lengkapkan nasi kerabu, pelengkap utamanya adalah sos bilis (ehemm, budu la tu...):
Bahan-bahan:
Budu (boleh juga digunakan budu tumis)
Limau nipis
Cili
Emmm...sedap....emmm...sedap...
Tapi, mana nasinya?????, he he he... Namanya pun, NASI KERABU.... nasi kena ada la wey....
A. KUAH TUMIS
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:
2 cawan santan segar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
10 tangkai cili kering
Sekeping asam gelugor
Sedikit garam
Sekeping gula melaka
Satu batang serai.
Cara:
Kisar hancur bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk, dan panaskan hingga mendidih dengan api kecil, dan sedikit kering.
B. ULAMAN
Pelbagai jenis ulaman boleh digunakan, antaranya,
Kacang panjang
Taugeh
Pucuk serai kayu (daun samak)
Pucuk dan buah muda petai belalang
Bunga kunyit
Bunga kantan
Pokok selom (cekerong)
Pucuk jenerih
Pucuk kerdas
Kesum
Pucuk gajus/jangus/ketereh
Ulam raja
Pucuk putat.
C. TAMBAHAN (AKSESORI)
Diantara aksesorinya, adalah,
Telor puyuh
Telor masin (telur itik jeruk)
Bawang putih jeruk
Daging bakar
Ikan goreng bertepung
Solok lada
Halia jeruk
Cili jeruk
Lobak jeruk
Ayam goreng atau ayam bakar
Puyuh goreng
Limpa goreng
Satay (kambing, lembu, ayam)
Sambal jantan
Keropok
D. PELENGKAP
Jika nak lengkapkan nasi kerabu, pelengkap utamanya adalah sos bilis (ehemm, budu la tu...):
Bahan-bahan:
Budu (boleh juga digunakan budu tumis)
Limau nipis
Cili
Tapi, mana nasinya?????, he he he... Namanya pun, NASI KERABU.... nasi kena ada la wey....
Thursday, August 22, 2013
Jamuan Raya Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan USM
Pada tengah hari selasa 20 Ogos 2013 (13 Syawal 1434) telah diadakan Jamuan Raya Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan USM. Meriah la juga...walaupun ramai juga, terutama pensyarah, yang tidak/tidak dapat bersama...
Wednesday, August 21, 2013
Bercakap/Menulislah Dengan BENAR SELURUHNYA (The whole Truth)
Awal pagi ini, sekitar jam 7.40, 22 Ogos 2013, seperti lazimnya, salah satu rutin harian setiap awal pagi saya di pejabat adalah menyemak email dan juga berita semasa. Lalu saya terbaca berita ini:
Two
more Putrajaya men with relatives in the office
The Malaysian Insider
Relatives of some members of the Najib administration are on government
payroll, in direct conflict with Putrajaya’s directive that these family
members can only work in parliamentary constituencies.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Shahidan Kassim
has a daughter working in his office while Agriculture and Agro-based Industry
deputy minister Datuk Tajuddin Abdul Rahman’s son-in-law works for him.
Shahidan declined to comment when asked by The Malaysian Insider.
"Nobody is talking about this and I also don't want to talk about
it," he said when met at the Prime Minister's Department's Hari Raya open
house in Putrajaya yesterday.
When pressed if his daughter Nur Shafizah was his principal private
secretary, a "gazetted position", Shahidan repeatedly said he did not
want to talk about it.
"People should stop finding fault with me. I am already having a
tough time in Parliament," he said.
Tajuddin also refused to admit or deny that his son-in-law, Firdaus
Mufazal Faiz, was working with him.
“They don’t know head or tail. This is cheap politics,” responded
Tajuddin.
The employment of relatives in “gazetted positions” came to light after
Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohd Nazri Aziz drew flak for
purportedly employing his son Muhammad Nedim to work in the ministry,
triggering complaints of nepotism and cronyism.
However, Nazri clarified that his son, Nedim, had no official
appointment as special officer with the ministry but was only working for him
to serve youths in his parliamentary constituency of Padang Rengas in Perak.
He had said Nedim was not on the government payroll and was being paid
by him.
In response to the criticisms against Nazri, Prime Minister Datuk Seri
Najib Razak had said there was no problem with a minister or a member of the
government administration recruiting a family member as his aide if it did not
involve any payment of salary or allowance by the government.
"If such an aide is hired by the minister and gets paid by the
government, it is not allowed.
"But if the work is carried out on a voluntary basis and the aide
is not a member of the minister's office, we have no objection to this. (It's
okay if) he assists in the programmes and does not involve any payment to him
by the government," the prime minister had said.
Najib also said administration members could hire their relatives for
constituency work. – August 22, 2013.
Hasil carian oleh saya pada jam 7.45 pagi 22 Ogos 2013 di 2
laman sesawang:
1. Puan Nur Shafizah Shahidan
Penolong Setiausaha
UNIT KEURUSETIAAN DASAR SOSIAL
NEGARA
BAHAGIAN PELAKSANAAN DASAR
SOSIAL NEGARA
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
http://www.kpwkm.gov.my/search-officer?p_p_id=XY_CONTACT_PERSON_WAR_XYStaffportlet&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-1&p_p_col_pos=1&p_p_col_count=2&_XY_CONTACT_PERSON_WAR_XYStaffportlet_jspPage=%2Fhtml%2Fxy%2Fcontact_person%2Fview.jsp
Appendix B: Lab Members
Data management:
Nur Shafizah Shahidan KPWKM
SAYA NAK TANYA: OLEH SEBAB SAYA TIDAK MENGENALI Nur Shafizah Shahidan, ADAKAH ORANG YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM BERITA THE MALAYSIAN INSIDER DI ATAS ADALAH ORANG YANG SAMA DENGAN 2 SUMBER CARIAN YANG SAMA TEMUI ITU? Seseorang menyatakan ianya: "YA".
Kalau "YA", maka maknanya Nur Shafizah Shahidan "sudah bekerja sebagai pegawai awam (yang sememangnya mendapat gaji sebagai pegawai awam) sebelum Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik menjadi Menteri. CUMA, DAHULUNYA Nur Shafizah Shahidan bekerja di Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Kini beliau "diminta" (diarahkan) atau dipindahkan untuk berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.
JADI:
APA SALAHNYA? TIDAK ADA YANG MENJADI KESALAHAN, BUKAN?
Cuma, jika anaknya itu menggunakan pengaruh tak wajar (undue influence) atau bapanya menggunakan juga pengaruh tak wajar dalam "hal-hal yang tak wajar", barulah ianya MENYALAHI UNDANG-UNDANG, atau sekurang-kurangnya KESALAHAN SECARA MORAL (MORALLY WRONG).
KITA YANG MENULIS BERITA, BERCAKAP ATAU MENYEBARKAN MAKLUMAT, PERLULAH/HENDAKLAH SENTIASA BERADA DI DALAM AMALAN/SIKAP "SEMUA BENAR, DAN SELURUHNYA BENAR, DAN TIADA TANG TIDAK BENAR (MENGELIRUKAN DAN SEBAGAINYA). Undang-undang sivil serta hukum Islam berpegang kepada prinsip "Tell The Truth: The whole truth and nothing but the truth".
SESEORANG YANG BERCAKAP TIDAK BENAR, ATAU SEPARUH BENAR ITU SAMA LAH DENGAN MEMBUAT FITNAH, DAN KITA PUN TAHU HUKUMNYA BAGI ORANG YANG MEMBUAT FITNAH, kan?
NOTA: SAYA BUKAN ORANG POLITIK, DAN TULISAN DI ATAS ADALAH DARIPADA PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG.
Tuesday, August 20, 2013
Daging Bakar Istimewa
Semasa saya makan tengah hari di sebuah warung di Kuala Krai, Kelantan, beberapa tahun dahulu, saya dapati salah satu lauk yang saya makan, iaitu daging bakar, amat sedap rasanya. Lalu saya memberanikan diri bertanyakan "abang towkey" tu, apa ramuan dan cara membuatnya. Selepas termenung sekejap, dan tersenyum, sambil memandang saya yang sedang tersenyum menatap wajahnya, dia pun memberitahu "rahsia" menyediakan daging bakar yang saya kategorikan sebagai "daging bakar istimewa". Berikut saya kongsikan rahsianya:
Bahan-bahan:
Setengah kilogram daging lembu yang elok, tetapi yang terdapat sedikit lemak
3 ulas bawang merah
2 sudu besar garam (kalau boleh, gunakan garam buku/kasar)
4 sudu kecil gula
Caranya:
Daging lembu dibasuh dan toskan.
Giling halus garam, gula dan bawang merah tersebut, dan gaulkan dengan daging tadi. Perap sekitar satu hingga 3 jam.
Bakar di atas dapur arang (jangan bakar di dalam oven, atau mikrowave seba rasanya tidak harum).
Bahan-bahan:
Setengah kilogram daging lembu yang elok, tetapi yang terdapat sedikit lemak
3 ulas bawang merah
2 sudu besar garam (kalau boleh, gunakan garam buku/kasar)
4 sudu kecil gula
Caranya:
Daging lembu dibasuh dan toskan.
Giling halus garam, gula dan bawang merah tersebut, dan gaulkan dengan daging tadi. Perap sekitar satu hingga 3 jam.
Bakar di atas dapur arang (jangan bakar di dalam oven, atau mikrowave seba rasanya tidak harum).
Risiko yang Direka?
Cuba perhatikan kedudukan tangga di dalam gambar di bawah. Di sebelah kirinya adalah suatu lubang yang agak dalam, dan terdapat kolam ikan. Di bahagian kiri tangga pula tidak terdapat sebarang penghalang/penahan daripada terjatuh, jika seseorang tergelincir, pening dan rebah, atau tersepak sesuatu dan tersungkur. Rekabentuk tangga itu sendiri yang menwujudkan risiko sedemikian: Dengan ertikata lain, ianya risiko yang direka...
Memaksimakan Kegunaan Dakwat Kekal Pengundian
Masih segar diingatan tentang pengunaan dakwat kekal semasa mengundi? Ha...rupa-rupanya, banyak juga dakwat kekal ini yang berbaki selepas proses pilihanraya. Nak buat apa yer? Nak buang? Eh, jangan... Sayang gak, kan? Jadi, rupa-rupanya ada juga "kepala otak" yang kreatif dan inivatif serta pandai berjimat yang menggunakan dakwat kekal tu untuk kegunaan lain. Kegunaan apa tuuuu...? Untuk digunakan oleh budak-budak yang mendapat hadiah/duit raya yang dimestikan mencelupjari ke dalam botol dakwat kekal dahulu sebelum menerima duit raya, dan dengan itu budak tersebut tak akan dapat main ngilat dan pusing balik dan minta duit raya sekali lagi. Bagus gak, kan?
Nota: Ia boleh digunakan juga untuk angpau raya cina, dan penerimaan bantuan-bantuan lain, kan?
Ni gambar yang saya terima daripada "hamba Allah' yang kreatif tu...
Nota: Ia boleh digunakan juga untuk angpau raya cina, dan penerimaan bantuan-bantuan lain, kan?
Ni gambar yang saya terima daripada "hamba Allah' yang kreatif tu...
Tidak Melanggar Undang-undang, TETAPI, Tidak Bermoral
Terdapat situasi/keadaan atau perbuatan yang kadangkala ianya tidak pun melanggar undang-undang, TETAPI ia masih tidak bermoral (legal but immoral). Lihat contoh-contoh berikut:
1. Sikap seorang pemandu kereta (di dalam lingkaran hitam) yang memberhentikan kenderaannya sekitar 5 meter sebelum garisan berhenti, dan membiarkan ruang di hadapannya kosong, kerana semata-mata di hadapannya itu terkena sinaran matahari, dan dia inginkan tempat teduh untuk berhenti menunggu lampu isyarat-- walhal banyak kereta di belakangnya, yang berhimpit-himpit...
2. Meletak kenderaan betul-betul hanya beberapa sentimeter dari garisan putih petak. Ini menyusahkan kenderaan yang akan/bercadang meletakan bersebelahan dengannya.
1. Sikap seorang pemandu kereta (di dalam lingkaran hitam) yang memberhentikan kenderaannya sekitar 5 meter sebelum garisan berhenti, dan membiarkan ruang di hadapannya kosong, kerana semata-mata di hadapannya itu terkena sinaran matahari, dan dia inginkan tempat teduh untuk berhenti menunggu lampu isyarat-- walhal banyak kereta di belakangnya, yang berhimpit-himpit...
2. Meletak kenderaan betul-betul hanya beberapa sentimeter dari garisan putih petak. Ini menyusahkan kenderaan yang akan/bercadang meletakan bersebelahan dengannya.
Thursday, August 15, 2013
Udang Kecil Goreng Mudah
Beberapa bulan lepas, saya singgah di rumah seorang saudara saya. Saya melihat anaknya sedang makan nasi, antaranya, berlaukkan udang kecil goreng. Emmmm..., nampak berselera!!! Saya pun mencuba....emm, SEDAP... Jadi, saya tanya resepinya, dan balik rumah, saya buat sendiri. Best gak. Nak cuba? Ni resepinya...
Bahan-bahan:
Sekitar 20 ekor udang kecil (basuh dan sejatkan)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
5 biji cili kering (rebus sekejap untuk melembutkannya)
Sedikit garam, gula dan kunyit
Satu biji bawang besar
Cara membuatnya:
Bawang merah, bawang putih, halia, cili dan kunyit dikisar halus. Masukkan bersama udang. Perap sekejap. Kemudian goreng dengan menggunakan sedikit minyak. Apabila sudah agak kering, masukkan garam, gula, dan goreng sekejap lagi. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, dan sejurus kemudian bolehlah diangkat.
Bahan-bahan:
Sekitar 20 ekor udang kecil (basuh dan sejatkan)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
5 biji cili kering (rebus sekejap untuk melembutkannya)
Sedikit garam, gula dan kunyit
Satu biji bawang besar
Cara membuatnya:
Bawang merah, bawang putih, halia, cili dan kunyit dikisar halus. Masukkan bersama udang. Perap sekejap. Kemudian goreng dengan menggunakan sedikit minyak. Apabila sudah agak kering, masukkan garam, gula, dan goreng sekejap lagi. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, dan sejurus kemudian bolehlah diangkat.
Tuesday, August 13, 2013
Berhari Raya Di Gua Musang, Kelantan: 3
Pada 3 Syawal 1434 (10 Ogos 2013), saya dan famili berhari
raya di Gua Musang, Kelantan. Berikut gambar kami bersama anak cucu saudara,
sanak saudara, sahabat handai di rumah sendiri, dan di kenduri kahwin di RKT Sungai
Asap:
Friday, August 9, 2013
Berhari Raya Di Gua Musang, Kelantan: 2
Pada 2 Syawal 1434 (9 Ogos 2013), saya dan famili berhari raya di Gua
Musang, Kelantan. Berikut gambar kami bersama anak cucu saudara (sebab
belum ada cucu sendiri lagi..hehe..), sanak saudara, sahabat handai di
rumah sendiri, rumah saudara dan sahabat serta sekitar kawasan:
Berhari Raya Di Gua Musang, Kelantan: 1
Pada 1 Syawal 1434 (8 Ogos 2013), saya dan famili berhari raya di Gua Musang, Kelantan. Berikut gambar kami bersama anak cucu saudara (sebab belum ada cucu sendiri lagi..hehe..), sanak saudara, sahabat handai di rumah sendiri, rumah saudara dan sahabat:
Subscribe to:
Posts (Atom)