Monday, August 5, 2013

Cucor Durian

Kalau dah di penghujung puasa ni, makan pun dah pelbagai. Ni adalah cucur durian yang ringkas jer cara membuatnya...

Bahan-bahan:
Secawan isi durian
Secawan tepung gandum
Sedikit (secubit) garam
Air sejuk (air yang diambil dari peti sejuk) pun sekitar secawan
2 sudu kelapa parut
Sesudu kecil serbuk penaik

Caranya:
Bancuhkan semua bahan di atas. Tunggu sekitar 1 jam...
Burzzzz zzzz...kruuuh.... (dah cukup 1 jam?)
Dan...panaskan kuali yang dimasukkan minyak, dan bila dah panas, gorenglah dalam tompokan kecil-kecil...


No comments:

Post a Comment