Saturday, August 3, 2013

Ikan Percik

Petang semalam, 3 Ogos 2013 (bersamaan 25 Ramadhan 1434), sabtu, saya teringin sangat nak makan ikan percik. Maka saya pun buat la... Emmm, masa berbuka puasa tu, baru dapat rasa masin manisnya tuuu.. OK la juga... Ada sesiapa nak berkongsi merasainya? Ni resepi mudah cara membuatnya:

3 ekor ikan kembung (dibersihkan, dikelar, dan sapukan sedikit garam)

Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sedikit halia
Sedikit garam
Sedikit gula
Secawan santan pekat

Caranya:
Semua bahan bahan di atas dikisar halus, dan dimasak sebati. Apabila hampir akan diangkat, masukkan sedikit tepung kanji/beras/gandum (untu memekatkannya).
Ikan tadi dibakar di atas bara sehingga separuh masak, dan renjiskan bahan yang dimasak tadi (kalau boleh, renjis menggunakan batang serai yang sudah di pecahkan bahagian pangkalnya). Dibakar sekejap lagi, dan lakukan yang serupa di sebelah lagi satu ikan tersebut.
Kemudian diangkat. Ikan tersebut diletakkan dalam pinggan/mangkuk (dll la wey), dan letakkan saki baki bahan renjisan tadi disekeliling ikan tersebut. Ini la gambarnya...



No comments:

Post a Comment