Saturday, August 24, 2013

Nasi Kerabu Tumis

Sekarang ni dah ramai yang suka makan nasi kerabu. Ia bukan sahaja salah satu kegemaran utama bagi kebanyakan penduduk di negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia, tetapi sudah "merebak" ke negeri-negeri lain. Nak makan, dan nak buat sendiri? Berikut saya kongsikan cara penyediaan (Cara makan tak payak beritau la, kan? Ngap jer...!)

A. KUAH TUMIS
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:
2 cawan santan segar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
10 tangkai cili kering
Sekeping asam gelugor
Sedikit garam
Sekeping gula melaka
Satu batang serai.
Cara:
Kisar hancur bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk, dan panaskan hingga mendidih dengan api kecil, dan sedikit kering. 

B. ULAMAN
Pelbagai jenis ulaman boleh digunakan, antaranya,
Kacang panjang
Taugeh
Pucuk serai kayu (daun samak)
Pucuk dan buah muda petai belalang
Bunga kunyit
Bunga kantan
Pokok selom (cekerong)
Pucuk jenerih
Pucuk kerdas
Kesum
Pucuk gajus/jangus/ketereh
Ulam raja
Pucuk putat.

C. TAMBAHAN (AKSESORI)
Diantara aksesorinya, adalah,
Telor puyuh
Telor masin (telur itik jeruk)
Bawang putih jeruk
Daging bakar
Ikan goreng bertepung
Solok lada
Halia jeruk
Cili jeruk
Lobak jeruk
Ayam goreng atau ayam bakar
Puyuh goreng
Limpa goreng
Satay (kambing, lembu, ayam)
Sambal jantan
Keropok

D. PELENGKAP
Jika nak lengkapkan nasi kerabu, pelengkap utamanya adalah sos bilis (ehemm, budu la tu...):
Bahan-bahan:
Budu (boleh juga digunakan budu tumis)
Limau nipis
Cili



Emmm...sedap....emmm...sedap...
Tapi, mana nasinya?????, he he he... Namanya pun, NASI KERABU.... nasi kena ada la wey....


No comments:

Post a Comment