Semasa saya makan tengah hari di sebuah warung di Kuala Krai, Kelantan, beberapa tahun dahulu, saya dapati salah satu lauk yang saya makan, iaitu daging bakar, amat sedap rasanya. Lalu saya memberanikan diri bertanyakan "abang towkey" tu, apa ramuan dan cara membuatnya. Selepas termenung sekejap, dan tersenyum, sambil memandang saya yang sedang tersenyum menatap wajahnya, dia pun memberitahu "rahsia" menyediakan daging bakar yang saya kategorikan sebagai "daging bakar istimewa". Berikut saya kongsikan rahsianya:
Bahan-bahan:
Setengah kilogram daging lembu yang elok, tetapi yang terdapat sedikit lemak
3 ulas bawang merah
2 sudu besar garam (kalau boleh, gunakan garam buku/kasar)
4 sudu kecil gula
Caranya:
Daging lembu dibasuh dan toskan.
Giling halus garam, gula dan bawang merah tersebut, dan gaulkan dengan daging tadi. Perap sekitar satu hingga 3 jam.
Bakar di atas dapur arang (jangan bakar di dalam oven, atau mikrowave seba rasanya tidak harum).
No comments:
Post a Comment