Wednesday, August 7, 2013

Memandu Tanpa Lesen Memandu

Berikut adalah petikan daripada akhbar Kosmo:


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) percaya kira-kira 65 peratus pengguna kenderaan di jalan raya di negara ini berkemungkinan besar terdiri daripada mereka yang tidak memiliki lesen memandu.

Perangkaan tersebut merupakan hasil kajian yang diperolehi JPJ dan lebih mengecewakan apabila angka berkenaan tidak menunjukkan perubahan sehingga kini sejak empat tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, turut tergolong dalam kumpulan pengguna berkenaan ialah mereka yang memandu tanpa cukai jalan, insurans dan lesen memandu tamat tempoh.

“Ini merupakan perkara pokok yang tidak diambil perhatian pengguna kenderaan sekali gus menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab mereka.

“Kehadiran pengguna seperti ini boleh mendatangkan implikasi kepada pemandu lain termasuk menyebabkan kemalangan disebabkan tiada pengalaman memandu, tiada pengetahuan undang-undang jalan raya dan sebagainya,” katanya.

Saya tidak mahu menghujjahkan ungkapan "berkemungkinan besar" yang nyatakan di dalam perenggan 1 laporan tersebut.
Yang saya perlu bangkitkan adalah:
SALAH SATU PERKARA UTAMA DALAM ASPEK "KESELAMATAN JALANRAYA" dan "PEMANDUAN SELAMAT" ADALAH "PEMANDU YANG KOMPETEN". Seseorang pemandu dikatakan "kompeten" apabila dia disahkan "kompeten" oleh pihak yang "kompeten" (iaitu JPJ). Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, terdapat dua Peraturan/Kaedah yang berkaitan "pengesahan" bahawa seseorang itu "kompeten" atau tidak, untuk memandu, iaitu:


  • Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 - P.U (A) 409/92;
  • Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992 - P.U (A) 60/92


Jika seseorang telah "melalui" pembelajaran memandu, dan diuji (dan disahkan layak memandu), maka orang berkenaan akan diberikan LESEN MEMANDU, yang mengesahkan dia "kompeten" memandu.
Bagaimana pula jika:
Orang berkenaan membuat/memperoleh lesen memandu palsu?
Orang berkenaan mendapat lesen memandu yang sah, TETAPI melalui cara yang tidak sah (merasuah sekolah memandu atau merasuah penguji pemandu)?
MAKA TENTUNYA ORANG BERKENAAN MASIH BELUM DISAHKAN SEBAGAI "PEMANDU YANG KOMPETEN" 

No comments:

Post a Comment