Sunday, January 25, 2015

Bantuan Banjir

Gambar di rakam di sekitar hentian R&R Bandar Baru Gua Musang sekitar jam 8 pagi, 23 Januari 2015




Misi Bantuan Mangsa Banjir 4

Mulai pada petang khamis 22 Januri - isnin 26 Januari 2015, saya dan ahli keluarga menyusur menziarahi beberapa tempat terpencil di pinggiran bandar Gua Musang untuk menunaikan amanah dan seterusnya menyampaikan wang derma dan zakat serta derma pakaian (kain sejadah, kain sarung, telekong dll) hasil koleksi famili saya dan beberapa sahabat pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM Pulau Pinang dan juga satu famili yang tinggal di Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang.

Berikut pemandangan sekitar petempatan di pinggiran Kundur dan Kg Batu Papan, Gua Musang, dimana banyak rumah musnah keseluruhannya dan musnah sebahagian (termasuk segala peralatan musnah):













Majils Aqiqah dan Bercukur Rambut Firas Ammar

Pada sabtu 24 Januari 2015, diadakan Majlis Aqiqah cucu pertama saya, Firas Ammar bin Mustaqem di rumah saya di Taman Wangi, Gua Musang:










Pada pagi isnin 26 Januari 2015 pula, rambut Firas Ammar telah dicukur semuanya...





Nasib Malang Pelajar Kolej.... Maut yang menunggu

Apakah ini satu contoh di mana menurut undang-undang, ia di klasifikasikan sebagai "kejadian berlaku kerana malang (misfortune)"? Kejadian masih dalam siasatan polis. Namun ia seakan-akan terjadi kerana sedemikian. Apapun, kita ucapkan takziah kepada keluarga terbabit, dan KITA SAMA-SAMA MEMBACAKAN AL-FATIHAH UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA PENUNTUT YANG MALANG INI...
Apapun, kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap BERHATI-HATI, JANGAN GOPOH, DAN SENTIASALAH BERDOA KE HADRAT ALLAH SWT AGAR KITA SENANTIASA DILINDUNGI-NYA DARIPADA SEBARANG MUSIBAT....






Pelajar KPTM Terlibat Kemalangan Di Gua Musang Dapat Pampasan
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) yang menjadi mangsa tragedi rempuhan bas di Gua Musang, Kelantan semalam, akan menerima bayaran pampasan insurans, kata Pengerusi KPTM Mohd Azis Jamman.
Beliau berkata pelajar berkenaan dilindungi Skim Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok.
"KPTM sangat komited dalam menjaga kebajikan pelajar dan menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), bayaran pampasan insurans akan dibuat dengan segera bagi pihak pelajar yang terlibat," katanya dalam kenyataan.
Beliau yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa turut mengesahkan bahawa kesemua mangsa merupakan pelajar semester satu yang mengikuti pengajian diploma di KPTM.
Mohd Azis turut menggesa pihak berkuasa menyiasat punca bas yang dipandu hilang kawalan.
Dalam kejadian 6.50 petang semalam, seorang penuntut KPTM Gua Musang maut manakala dua rakannya cedera dilanggar bas di Hentian Bas Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.
Ketika kejadian, pemandu bas dari Kuala Krai ke Gua Musang, Mohd Rashid Yaacob, 53, yang tidak sihat sedang memberhentikan basnya di hentian itu bagi menurunkan penumpang.
Bagaimanapun, beliau tiba-tiba pengsan menyebabkan bas itu hilang kawalan dan bergerak menuruni bukit sebelum merempuh lima penuntut KPTM yang kebetulan melalui kawasan itu.
-- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1104001

Misi Bantuan Mangsa Banjir 3

Mulai pada petang khamis 22 Januri - isnin 26 Januari 2015, saya dan ahli keluarga menyusur menziarahi beberapa tempat terpencil di pinggiran bandar Gua Musang untuk menunaikan amanah dan seterusnya menyampaikan wang derma dan zakat serta derma pakaian (kain sejadah, kain sarung, telekong dll) hasil koleksi famili saya dan beberapa sahabat pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM Pulau Pinang dan juga satu famili yang tinggal di Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang.

Berikut pemandangan sekitar petempatan Kampung Kolam Mas, Sg Terah dan di pinggiran Kundur, Gua Musang, dimana banyak rumah musnah keseluruhannya dan musnah sebahagian (termasuk segala peralatan musnah):











Saturday, January 24, 2015

Misi Bantuan Mangsa Banjir 2

Mulai pada petang khamis 22 Januri - isnin 26 Januari 2015, saya dan ahli keluarga menyusur menziarahi beberapa tempat terpencil di pinggiran bandar Gua Musang untuk menunaikan amanah dan seterusnya menyampaikan wang derma dan zakat serta derma pakaian (kain sejadah, kain sarung, telekong dll) hasil koleksi famili saya dan beberapa sahabat pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM Pulau Pinang dan juga satu famili yang tinggal di Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang.

Berikut pemandangan sekitar petempatan Kampung Kerinting dan di tepi Kesedar Inn, Gua Musang, dimana banyak rumah musnah keseluruhannya dan musnah sebahagian (termasuk segala peralatan musnah):







Di bawah, persediaan membungkus barangan dan memasukkan wang zakat dan derma ke dalam sampul