Wednesday, January 14, 2015

Satu Awal Pagi Di Satu Masjid...

Hari ini, khamis 15 Januari 2015, saya tiba agak lewat di Masjid berkenaan. Saya tiba jam 6 pagi, iaitu sekitar 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Setelah meletak kereta di tempat lazim, saya terlihat sebuah kereta yang tak pernah (tak lazim) saya melihatnya, dan bukan di kalangan kereta para jemaah yang lazim. Saya terlihat terdapat 4 orang di dalam kereta tersebut, iaitu dua lelaki dan dua wanita. Mereka masih nyenyak tidor. Lantas aya memberanikan diri mengejutkan mereka, dan berkata, "Assalamualaikum...Maaf ya, dah dekat masuk waktu ni...". Setelah menjawab salam, dan memberitahu mereka datang dari Kuala Lumpur, dan akan balik ke Yala, Thailand, dan datang menjemput anak yang habis peperiksaan di satu IPTA, dan datang ke sini untuk menjemput seorang lagi anaknya yang menuntut di sini, saya terus beredar.
Semasa solat baru bermula (saya di saf pertama), terdengar deringan telefon bimbit yang "separuh kuat" yang datangnya dari saf kedua.... Ia berlarutan sehingga selesai solat,.. dan saya perasan beberapa jemaah "menjeling" jemaah yang membawa telefon bimbit tersebut. Saya sendiri tidak melakukan sedemikian, dan buat "tak tau" sahaja, sebab tidak ingin "berperang dingin" dan memalukan orang tersebut.
Selesai solat, saya bertemu lagi secara tidak sengaja dengan salah seorang lelaki yang duduk di dalam kereta tadi, di perkarangan masjid tersebut. Dia baru sahaja keluar dari masjid, bersama seorang perempuan (yang saya kira itu isterinya, yang sedang bercakap melalui telefon, memberitahu kedatangannya di situ). Seorang lagi lelaki, masih terlena di tempat duduk pemandu kereta berkenaan (mungkin dia siap awal solat subuh la kuiiit...)
Tentang telefon berdering semasa solat, ia seperti satu "kelaziman" yang tidak sepatutnya berlaku. Saya tertarik dengan catatan dari satu laman sosial berikut:


No comments:

Post a Comment