Thursday, January 15, 2015

Kemalangan Serius Di Simpang Jalan Semenyih/Bukit Putra Mahkota

Pada sekitar jam 7.30 pagi, jumaat 16 Januari 2015, berlaku kemalangan yang agak serius di Jalan Lama Bangi, di Simpang Jalan Semenyih/Bukit Putra Mahkota, Semenyih, Selangor.

Cerita kejadian daripada anak saya, Mustaqem, yang dalam perjalanan dari rumah mertuanya di Taman Semenyih: Apabila tiba berhampiran tempat kejadian, dia nampak sebuah lori tanah dari arah bertentang sedang meluru datang ke arahnya dan beberapa kenderaan lain dengan agak laju. Dia yang mengelak ke tepi kiri jalan dan 3 lagi kereta yang mengelak ke kanan jalan, selamat. Namun, 2 proton saga, sebuah iswara dan sebuah kia picanto telah dilanggar lori berkenaan. Seorang makcik yang berada di dalam kereta iswara tersepit, dan kebetulan sebuah kren lalu di situ, dan anak saya meminta kren berkenaan berhenti untuk membantu mengeluarkan makcik yang tersepit (seperti patah kaki).






No comments:

Post a Comment