Sunday, January 25, 2015

Nasib Malang Pelajar Kolej.... Maut yang menunggu

Apakah ini satu contoh di mana menurut undang-undang, ia di klasifikasikan sebagai "kejadian berlaku kerana malang (misfortune)"? Kejadian masih dalam siasatan polis. Namun ia seakan-akan terjadi kerana sedemikian. Apapun, kita ucapkan takziah kepada keluarga terbabit, dan KITA SAMA-SAMA MEMBACAKAN AL-FATIHAH UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA PENUNTUT YANG MALANG INI...
Apapun, kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap BERHATI-HATI, JANGAN GOPOH, DAN SENTIASALAH BERDOA KE HADRAT ALLAH SWT AGAR KITA SENANTIASA DILINDUNGI-NYA DARIPADA SEBARANG MUSIBAT....






Pelajar KPTM Terlibat Kemalangan Di Gua Musang Dapat Pampasan
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) yang menjadi mangsa tragedi rempuhan bas di Gua Musang, Kelantan semalam, akan menerima bayaran pampasan insurans, kata Pengerusi KPTM Mohd Azis Jamman.
Beliau berkata pelajar berkenaan dilindungi Skim Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok.
"KPTM sangat komited dalam menjaga kebajikan pelajar dan menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), bayaran pampasan insurans akan dibuat dengan segera bagi pihak pelajar yang terlibat," katanya dalam kenyataan.
Beliau yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa turut mengesahkan bahawa kesemua mangsa merupakan pelajar semester satu yang mengikuti pengajian diploma di KPTM.
Mohd Azis turut menggesa pihak berkuasa menyiasat punca bas yang dipandu hilang kawalan.
Dalam kejadian 6.50 petang semalam, seorang penuntut KPTM Gua Musang maut manakala dua rakannya cedera dilanggar bas di Hentian Bas Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.
Ketika kejadian, pemandu bas dari Kuala Krai ke Gua Musang, Mohd Rashid Yaacob, 53, yang tidak sihat sedang memberhentikan basnya di hentian itu bagi menurunkan penumpang.
Bagaimanapun, beliau tiba-tiba pengsan menyebabkan bas itu hilang kawalan dan bergerak menuruni bukit sebelum merempuh lima penuntut KPTM yang kebetulan melalui kawasan itu.
-- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1104001

No comments:

Post a Comment