Friday, January 9, 2015

Ada Lagi, SKIM CEPAT...(Kaya? @ Miskin)

Pagi ini, 10 Januari 2015, saya menerima iklan berikut melalui aplikasi telefon bimbit saya:

Ada pula di catatkan, "Interested..let me know"
Lalu saya terangkan kepada pengirimnya bahawa itu Skim Cepat Kaya@Miskin, ada elemen penipuan, dan saya katakan, "Kita mencari rezeki yang halal...Silap haribulan, jadi kes jenayah."

Berikut, FATWA berkaitan:



Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa Hukum Skim Cepat Kaya dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.
Fatwa Negeri Berkaitan: 
Bil
Tajuk
Negeri
Penwartaan
Tarikh Keputusan
1
Tidak Diwartakan
4 Jul, 2001
2
Tidak Diwartakan
30 Apr, 2007
3
Diwartakan
25 May, 2006
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-skim-cepat-kaya-dan-seumpamanya

Hukum Pelaburan Internet Dan Skim
Cepat Kaya
Tarikh Keputusan: 30 Apr, 2007
Keputusan: 
Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
  1. Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam
  2. Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah: i-   Menetapkan kadar peratusan pulangan ii-  Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba' dan gharar
  3. Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.
  4. Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal
Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
  1. Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
  2. Tiada penjualan barang yang sebenar
  3. Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-pelaburan-internet-dan-skim-cepat-kaya-0

No comments:

Post a Comment