Mulai pada petang khamis 22 Januri - isnin 26 Januari 2015, saya dan
ahli keluarga menyusur menziarahi beberapa tempat terpencil di pinggiran
bandar Gua Musang untuk menunaikan amanah dan seterusnya menyampaikan
wang derma dan zakat serta derma pakaian (kain sejadah, kain sarung,
telekong dll) hasil koleksi famili saya dan beberapa sahabat pensyarah
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM Pulau Pinang
dan juga satu famili yang tinggal di Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau
Pinang.
Berikut pemandangan sekitar petempatan Kampung Kerinting dan di tepi Kesedar Inn, Gua Musang, dimana banyak rumah musnah keseluruhannya dan musnah sebahagian (termasuk segala peralatan musnah):
Di bawah, persediaan membungkus barangan dan memasukkan wang zakat dan derma ke dalam sampul
No comments:
Post a Comment