Pernah dikatakan bahawa, “Pena lebih tajam daripada mata
pedang”
Pena boleh “membunuh”: Ada orang terbunuh akibat pena
(tulisan), dan tak kurang juga yang teraniaya.
Contonhya, kes tulisan berjodol MURID MAKAN DI
BILIK PERSALINAN SEKOLAH yang diantara kandungan ceritanya seperti berikut:
Murid bukan Islam diarahkan makan di bilik persalinan!
Berikut gambar sekolah tersebut yang diambil dari sumber laman sesawang rasmi sekolah tersebut: https/kspkss.zoom-a.com
Berikut gambar sekolah tersebut yang diambil dari sumber laman sesawang rasmi sekolah tersebut: https/kspkss.zoom-a.com
Isu kantin
sementara tidak kaitan agama dan bangsa, kata Kamalanathan
Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang
didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh tiada
kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P
Kamalanathan.
Beliau berkata, isu yang dibangkitkan sesetengah
pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.
"Bilik
itu digunakan sejak Mac lalu dan semua murid termasuk pelajar Muslim
menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar
yang ramai. Oleh itu, tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang
makan di situ adalah salah.
"Keputusan
untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat selepas
dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin
sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja
sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar,"
katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah
itu, hari ini.
Katanya, cadangan untuk menjadikan bilik persalinan
itu sebagai kantin sementara juga dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia
tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.
Kamalanathan berkata, pihaknya sedar bahawa bilik
itu tidak sesuai dan berbincang dengan pihak sekolah itu supaya tidak lagi
menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara.
"Saya
juga menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk meminta bantuan bagi
pengubahsuaian kantin asal bagi menampung lebih ramai pelajar, dan kami akan
pertimbangkan permohonan itu.
"Sebagai
Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan
saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin,"
katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di
sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam
sepanjang bulan Ramadan ini.
Guru besar
pertahan guna bilik persalinan untuk makan minum
Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh hari
ini mengakui murid Islam dan bukan Islam menggunakan bilik persalinan sejak Mac
lalu untuk menikmati makanan dan minuman ketika masa rehat.
Mohd Nasir Mohd Noor berkata, pertambahan
pendaftaran murid dan kawasan kantin yang sempit mendorong pentadbir sekolah
berbuat demikian.
Beliau tidak pernah mengabai muridnya apabila
berbuat demikian, sebaliknya menegaskan bilik persalinan itu bersih dan
kedudukannya paling hampir dengan kantin.
"Saya bukan mahu mendera murid saya,"
katanya dipetik The Star, hari ini yang melaporkan demikian ketika ditemui di
sekolah berkenaan, semalam.
Mohd Nasir juga kelihatan tertekan berikutan
pelbagai pegawai dari jabatan kerajaan mempertikai tindakan mereka itu.
Malah, guru besar itu dilihat kerap menjawab
panggilan telefon bimbit selang beberapa minit tetapi menyatakan pihaknya tidak
menerima aduan daripada ibu bapa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kantin itu ditutup
sejak beberapa minggu lalu untuk proses mengubah suai membabitkan pintu kaca
yang siap minggu lalu dan sepatutnya dibuka pada Isnin.
“Saya tidak tahu mengapa kantin masih ditutup. Saya
tidak berada di situ kerana menghadiri mesyuarat pada hari berkenaan,"
katanya.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Hussein Mohd Ariff pula berkata, ibu bapa murid menyedari situasi itu lantaran
di dibawa dalam mesyuarat tetapi mengakui ia bukan penyelesaian terbaik tetapi
keputusan bukan di tangannya.
Mengikut pihak pentadbiran, ada 28 murid bukan
Islam di sekolah berkenaan.
Kantin yang terletak bertentangan bilik persalinan
dibuka semula kepada murid semalam atas arahan Kementerian Pendidikan, lapor
akhbar berkenaan.
FAKTA SEBENAR:
1. PELAJAR
SEKOLAH TERSEBUT, AMAT RAMAI, IAITU SEKITAR 1300 ORANG
2. KAPISITI
KANTIN SEKALI GUS TIDAK MUAT UNTUK MENAMPUNG MASA MAKAN PELAJAR. KANTIN ITU
HANYA DAPAT MENAMPUNG SEKITAR 600 PELAJAR SAHAJA.
3. GURU
DAN PIBG MENGAMBIL INISIATIF “MEMBESARKAN KANTIN” DENGAN MENJADIKAN BILIK
PERSALINAN YANG TERLETAK DI SEBELAH KANTIN ITU SEBAGAI “KANTIN SEMENTARA”
4. KANTIN
SEMENTARA ITU DISEDIAKAN DENGAN BAIK DENGAN SEGALA KEMUDAHAN SEPERTI SEBUAH
KANTIN SEBENAR, SEPERTI MEJA BERALAS, KERUSI, DAN BEBERAPA SINKI YANG BERSIH
5. BILIK
PERSALINAN TERSEBUT BUKANLAH KOTOR, DAN TIDAK ADA PUN TANDAS DI SITU
6. KEBETULAN
SEMASA BULAN PUASA, DAN PELAJAR MUSLIM HAMPIR SEMUANYA BERPUASA (KECUALI ADA
TAK BERPUASA ATAS ALASAN TERTENTU), MAKA PIHAK SEKOLAH MENGAMBIL INISIATIF MELAKSANAKAN
KERJA MEMBAIKPULIH KANTIN.
7. SEGELINTIR
(28 ORANG) PELAJAR BUKAN MUSLIM DIMINTA MENGGUNAKAN KANTIN SEMENTARA (KANTIN
TAMBAHAN), IAITU “BILIK PERSALINAN”
CADANGAN
JIKA KEGUNAAN BILIK PERSALINAN
ITU TIDAK SANGAT DIPERLUKAN (INI KATA BEBERAPA ORANG IBUBAPA SEMASA DITEMUBUAL
OLEH SEBUAH STESYEN TV PADA 25 JULAI 2013), MAKA ELOKLAH TEMPAT ITU TERUS DIJADIKAN KANTIN, DAN ELOK NAMANYA DITUKARKAN KEPADA “KAFE VIP”, DENGAN DINAIKKAN
LAGI TARAFNYA (MISALNYA DIKORASI, PENDINGIN HAWA DLL), DAN BOLEHLAH JUGA PARA GURU
DAN PIBG SERTA PELAWAT VIP MENGGUNAKANNYA UNTUK SEMUA AKTIVITI BERKENAAN.
PESAN SAYA KEPADA PARA GURU SK SERI PRITINA
SABAR YER ATAS DUGAAN SEBEGITU.
ADA ORANG SEPERTI MAHU MENCARI PUBLISITI MURAHAN, ATAU ADA PULA YANG MUNGKIN
KURANG DAYA USAHA MENYELIDIK KEBENARAN CERITA (THE TRUE STORY) SEBELUM
MELAPORKAN/MENULIS, MEMBERIKAN KOMEN/ULASAN, MENTOHMAH, DAN DITOKOK PULA OLEH SEGELINTIR YANG HENDAK MENCARI
PELUANG. TERUSKAN AGENDA BAIK ANDA SEMUA. SAYA PERCAYA BAHAWA ANDA TIDAK AKAN
DAN TIDAK BERNIAT MENGANIAYA/MENZALIMI MURID ANDA, DAN TENTUNYA ANDA MENGANGGAP
MEREKA SEPERTI ANAK ANDA SENDIRI, KAN?
No comments:
Post a Comment