http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130729/lu_02/Batu-marmar-ditukar-untuk-keselesaan-jemaah (29 Julai 2013),
melaporkan, antaranya seperti berikut:
MEKAH 28 Julai - Pihak pentadbiran Masjidilharam di sini sedang giat memasang batu marmar tahan panas di kawasan halaman masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah.
Akhbar Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa memilih batu marmar dari Kepulauan Thassos, Greece yang tidak menyerap haba dan mengekalkan suhu sama pada waktu siang dan malam.
Kerja-kerja pemasangan batu marmar putih tersebut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.
"Pemasangan batu marmar ini akan membolehkan jemaah berjalan tanpa memakai kasut di kawasan masjid walaupun cuaca panas atau sejuk melampau,'' kata pihak berkuasa tersebut....
Pada suatu petang selepas solat asar, saya terasa nak buang air kecil. Dari satu sudut di dalam Masjidil Haram, saya terus ke arah tandas yang terletak berhampiran salah satu penjuru luar masjid tersebut (tetapi di bangunan berasingan daripada bangunan masjid). Di bahagian masjid, saya lihat lantai marmarnya berwarna putih, dan memang tak panas, walaupun waktu itu waktu petang yang panas terik. Setelah keluar dari masjid, dan semasa menuju ke bangunan tandas, terdapat beberapa orang wanita kulit hitam berjubah labuh (tak silap saya berbelas orang) sedang berada di situ dan ramai yang melambai tangan ke arah saya sambil menunjukkan pasangan selipar. Saya dapat mengagak bahawa mereka sedang menjual selipar kepada para jemaah yang dari masjid dan hendak ke tandas. Tak silap saya, ditunjukkan dengan jari dengan simbul "2", yang bermaksud "2 Riyal".... Tapi saya menolak dan kata, "laa' laa'...", yang maksud saya "no, no.." (ops, "Tidak, tidak"), sebab saya berfikiran, "buat apa la nak pakai selipar sebab jarak dari masjid ke tandas tersebut sekitar 30 meter sahaja..."
Lalu saya pun berjalan ke arah tandas tersebut... Tapi...adoi adoi!!! kaki saya terasa bahang lantai tersebut (yang berwarna hitam) "menyengat" kaki saya. Amat panas!! seperti memijak bara api!!!!. Lalu secara spontan saya berjalan laju ke arah tandas,.... dan saya perasan bahawa bergelak ketawa la hampir kesemua para penjual selipar tadi dengan pelbagai ragam dan gelagat...
Semasa di dalam tandas, kaki saya terasa amat pedih... seolah-olah terbakar. Selepas menunaikan "hajat", maka saya pun bercadang untuk keluar dari tandas dan masuk semula ke masjid. Tapi kaki semakin sakit. Saya terduduk di dalam tandas itu, sambil menyiram air banyak-banyak di kedua-dua belah tapak kaki saya. Sedih sangat rasa hati, dan bercampur bimbang..."apakah aku tak dapat algi berjalan...apakah aku tak dapat lagi meneruskan ibadat menunaikan fardhu haji...". Saya mula menitiskan air mata dan berdoa... berdoa.. dan terus berdoa... ke hadhrat Allah (swt) agar semua keburukkan yang saya terlintas itu tidak berlaku, dan saya dapat menunaikan ibadat haji hingga selesai, serta berdoa agar Allah (swt) menyembuhkan kaki saya... Sekitar setengah jam saya berada di dalam tandas itu..., dan alhamdulillah kesakitan pada kaki saya semakin reda. Namun, persoalan dan masaalah serta dilemanya: Saya mesti sekali lagi berjalan melalui marmar hitam itu!!! Dan saya malu untuk memanggil penjual selipar untuk membeli selipar...
Tiba-tiba Allah (swt) memberikan saya satu idea: SAYA TERINGAT SATU SLOT DARIPADA SIRI DRAMA "MacGyver". MAKA SAYA PUN MEMULAKAN CARANYA... Saya berlari selaju-lajunya bermula beberapa meter dari dalam tandas dan meluru sepaling laju yang seupaya saya menuju ke arah masjid! Sekali lagi saya perasan beberapa penjual selipar tadi memandang sambil tergelak ketawa kepada saya...
ALHAMDULILLAH... SETELAH SAYA SAMPAI DI DALAM MASJIDIL HARAM DI KAWASAN BERJUBIN PUTIH, SAYA PUN BERHENTI MENGAMBIL NAFAS... DAN SAYA HAMPIR-HAMPIR TIDAK MERASA BAHANG PERIT PANAS JUBIN HITAM.
Begitulah ujian Allah (swt) terhadap saya. Sekali lagi, ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR SANGAT-SANGAT KE HADHRAT ALLAH (swt) YANG MENYELAMATKAN SAYA.
Di atas adalah gambar saya semasa melawat ziarah Arafah, merasa menaiki unta bersama allahyarham Hj Abdullah Mahmood.
No comments:
Post a Comment