Sejak akhir-akhir ini, salah satu berita yang hangat diperkatakan/dibualkan adalah tentang "HARGA KERETA SEMAKIN MURAH" (semakin rendah?). Bagus la tu....sebab makin ramai yang tertarik untuk membelinya. malah ada pengedar yang bersedia menjual secara bayaran ansuran tanpa cengkeram (deposit)... Bagus la tu...
Namun, saya ingin (malah membuak-buak) untuk meluahkan pandangan berikut kepada sesiapa sahaja yang belum memiliki kereta, dan bercadang membelinya:
KATAKAN: Pendapatan purata bulanan anda adalah RM2000 sebulan. Anda seorang "orang bujang". Setelah ditolak sewa rumah/bilik RM300 sebulan, makan dll RM750 sebulan, pelbagai perbelanjaan RM250 sebulan (sekali sekala balik kampung, belanja kawan, beli pakaian dll) (tak termasuk kos tambang berulang-alik ke tempat kerja, KWSP dll), maka berbaki RM700 lagi...Emmm, banyak lagi tu... Maka, anda pun membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta baru...
Harga kereta (termasuk semua)(all in) RM35000.
Katakan pinjaman untuk 8 tahun, dan katakan sebulan sekitar RM400
Katakan penggunaan petrol sekitar RM300 sebulan. TOL dan tempat letak kereta katakan RM50 sebulan. Jadi baki tinggal berapa? RM50 lagi, kan? BETUL?
SALAH!!!! Satu elemen penting dalam "menyenggara/mengurus" kereta yang sering dilupakan, atau tidak terperasan adalah, kos penyenggaraan yang paling kurang sekitar RM100 sebulan, iaitu:
Tayar bertahan 2 tahun, dengan harga RM480 (4 biji). Dan dengan itu sebulan bersamaan RM20.
Bateri bertahan 2 tahun, dengan harga RM120. Dan dengan itu sebulan bersamaam RM5.
Menukar minyak hitam, penapis dll 4 kali setahun x RM80, bersamaan RM26 sebulan
Menjajar tayar dan pemanduan 2 kali setahun, bersamaan RM50, bersamaan RM4 sebulan
Servis berkala yang lain (tak termasuk tukar minyak dll), katakan 2 kali setahun, bersamaan RM200, bersamaan RM16 sebulan
Cukai jalan dan insurans, katakan RM360 (murah la tu), bersamaan RM30 sebulan.
DENGAN ITU, KOS LAIN YANG MESTI DITANGUNG OLEH ANDA ADALAH RM101, kan?
Tu belum lagi jika sekali sekali anda nak meronda, terlekat dalam jem, tersondol pagar (yang menyebabkan kereta perlu dibaiki, dll). Macam mana? DAH TAK CUKUP LA KAN?
JADI, JIKA NAK BELI KERETA, FIKIR-FIKIR LA DAHULU HAL DI ATAS, SEBAB KITA TAK MAU JADI PENING KEPALA, BERSERABUT, MONYOK YANG MENJEJASKAN KERJA/HUBUNGAN, DAN MULA LA NAK CARI PENDAPATAN TAMBAHAN, "WALAU APA CARA SEKALI PUN..." Dan bermula la adegan membuat kerja lebih masa yang "sengaja melebihkan masa", menerima rasuah, menyalahgunakan harta pejabat, meminjam daripada kawan dan ahli keluarga (tetapi tanpa niat "aku akan bayar balik"), dan sebagainya.
BERHEMAHLAH DALAM KEHIDUPAN KITA
No comments:
Post a Comment