Saturday, July 13, 2013

Bomba... Saya TABIK !

Berikut adalah maklumat sejarah bomba di Malaysia di laman sesawang



Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. 
Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977.
Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.
Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.
Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu, tahun 1960an, akan terdapat beberapa baldi merah yang diisikan dengan pasir dan digantung pada satu papan tanda, dan di letakkan di hadapan Balai Bomba.
(Gambar hiasan)
Namun kini "IKON" tersebut sudah tiada.
Cuma... seingatan saya la...
Dulu, Bomba ni tugasnya memadamkan kebakaran (terutamanya kedai/rumah) di bandar sahaja.
Kemudiannya, Bomba telah dengan "sukarela" membantu memadam SEMUA jenis kebakaran, di SEMUA TEMPAT...
Kemudiannya, Bomba membantu tuanpunya kucing untuk menurunkan kucing kesayangan yang tak dapat turun dari atas pokok, atau haiwan yang terlekat di dalam lubang dan sebagainya.
Selepas itu, Bomba membantu mangsa kemalangan (tersepit dan lain-lain).
Kemudiannya, Bomba bersama-sama penduduk menjalankan kerja kebersihan, dan disamping itu menjalankan PENGUATKUASAN AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988.
Selepas itu, ditambah pula dengan perkhidmatan Bomba udara, laut..

Kemudiannya,  dan yang TERBARU, BOMBA PAKAT-PAKAT MEMBINA SEMULA RUMAH YANG TERBAKAR... he he he... Namun, seperti kata "Big boss" mereka pada 13 Julai 2013, "Tidak semua rumah yang terbakar kami akan bina semula..." Ya la tu.... Kalau dah ke tahap tu, kena la tukar nama kepada "JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA, PENYELAMATAN, PEMBANGUNAN SEMULA DAN PENSERBAAN TUGAS", kan? He he he... 

Apapun, saya tabik kepada Jabatan ni... Kesian.. Kadangkala anggotanya amat keletihan, terdedah kepada panas melampau, kebakaran, debu, dan ada juga kejadian anggota Bomba yang lemas, mati terbakar, tertimbus, dan seumpamanya...

Jadi, JANGAN la pula, sewenang-wenang kita marahkan Bomba yang "lambat sampai" (kebanyakannya atas persepsi mangsa), dan JANGAN la pula selepas ni ada kes saman bomba akibat cuai dan lain-lain.

HARGAILAH MEREKA, JASA MEREKA, PENGORBANAN MEREKA... 
SAMA-SAMALAH KITA MENDOAKAN AGAR PEKERJAAN MEREKA MERUPAKAN DIANTARA "PEKERJAAN YANG DIBERKATI DAN DILINDUNGI ALLAH". 
Aaamiiiiin...


No comments:

Post a Comment