Nasi himpit (nasi tindih) dah kenal la, kan? Kerap juga saya beli nasi himpit bersambalkan kelapa manis. Rasa sedap juga. Namun kadangkala, apabila saya nak makan, benda tu pulak tak der... Lalu, saya terlintas, kalau saya sediakan sendiri, kan bagus gak... Jadi, malam tadi, 30 Julai 2013 (21 Ramadan 1434), untuk bersahur, saya sediakan sambal kelapa manisnya... Pssst.. tu pun setelah saya telefon anak sepupu saya untuk belajar membuatnya. Nak belajar? Ni saya kongsikan cara menyediakannya...
Bahan-bahan:
Serai 2 batang (dipotong halus)
3 ulas bawang merah (dipotong)
2 keping gula melaka (menisan)
Sedikit garam
Secawan kelapa parut yang dah digoreng menjadi kerisik (dan ditumbuk separuh hancur)
Caranya:
Kisar halus serai dan bawang, dan masukkan ke dalam kuali atau periuk. Masukkan sedikit minyak. Tumis sehingga berbau harum (haaaarummm, bukan haannngit, tau). Kemudian, masukkan sedikit garam, gula melaka yang dah dihancurkan, dan akhir sekali, masukkan kelapa parut. Gaul-gaulkan agar sebati.
Cara memakannya:
Ambil ketupat nasi, cicah dengan sambal tu, dan suap la ke mulut, wey...
Ni la gambarnya...
No comments:
Post a Comment