Menurut Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Telegraf (16 Julai 2013)
Telegram merupakan sebuah mesin/alat yang menggunakan
teknologi telegrafi untuk mengirim dan menerima pesan dari jarak jauh. Kata
telegraf yang sering didengar saat ini, secara umum merupakan telegraf
elektrik. Telegraf direkakan oleh seorang warga Amerika Syarikat bernama Samuel
F.B. Morse bersama dengan asistennya Alexander Bain.
Berikut berita daripada BBC
http://www.bbc.co.uk/news/blogs-magazine-monitor-22953657 (16 Julai 2013)
Telegram Era ends Stop
What is thought to be the first telegram - What hath God wrought - was sent in 1844 in Morse Code over an experimental line from Washington to Baltimore. In 1929, more than 200m telegrams were sent around the world.
Berikut berita yang dipetik daripada KOSMO
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm (16 Julai 2013)
Penduduk bergegas hantar telegram
Seorang kakitangan pusat khidmat telegram menunjukkan cara
menggunakan mesin telegram di Mumbai semalam.- AFP
NEW
DELHI - Beribu-ribu penduduk di India bergegas ke pejabat telegram pada
saat-saat akhir semalam untuk menghantar pesanan telegram terakhir sebelum
perkhidmatan berusia 162 tahun tersebut ditutup.
Semalam
merupakan hari terakhir pesanan telegram akan diterima oleh pejabat telegram di
seluruh India.
Menurut
Pejabat Pusat Telegram di New Delhi, pihaknya telah bersiap sedia menerima
kebanjiran mesej pada hari terakhir itu.
"Kami
telah meningkatkan jumlah kakitangan di kaunter kerana sudah menjangka
kebanjiran orang ramai pada hari terakhir operasi pejabat ini," kata
Pengurus Besar Kanan Pejabat Pusat Telegram, New Delhi, Shameem Akhtar.
"Kami
akan mengambil pesanan telegram terakhir pada pukul 10 malam waktu tempatan
pada Ahad (semalam)(14 Julai 2013) dan cuba untuk menghantar kesemua pesanan pada malam yang
sama," tambahnya.
Menurut
Shameem, baki pesanan telegram itu akan dihantar pada hari ini.
Cuti
kesemua kakitangan pusat telegram telah dibatalkan sebagai usaha untuk
mengendalikan jumlah pesanan yang bertambah.
Kos
minimum untuk menghantar telegram berharga 29 rupee (RM1.58) dan pesanan
telegram dihantar dengan tangan oleh pekerja penghantaran dengan menunggang
basikal. - AFP
No comments:
Post a Comment