Thursday, July 25, 2013

Ketam Tumis Bercili

Petang 25 Julai 2013 (16 Ramadhan 1434) saya menyediakan masakan "ketam tumis bercili" untuk berbuka puasa. Emmm, sedap la juga... Nak mencuba? Mudah jer...

Ramuan:
Seekor ketam bersaiz sedang

10 tangkai cili kering (bukan tangkainya la wey, tapi cili la), direndam di dalam air suam untuk melembutkannya
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara memasaknya:
Kisar semua bahan di atas (tak termasuk ketam la mak oiiii...). Kemudian tumis dengan minyak. Apabila sudah harum baunya, masukkan ketam yang dah dipotong dua bahagian dan dibersihkan.

Ni la yang dah masak yang sedang menunggu di ngap nyam nyam... Tu ada hiasan daun bawang...

Pssst..kacang panjang tu saya letak kat tepi pinggan sebab saya nak buat ulam...takut terlupa masa dok kalut makan semasa berbuka..he he he...

No comments:

Post a Comment